Friday, August 14, 2009

WARKAH BUAT 'ADAM'

‘Adam’ maafkan ‘hawa’… ‘hawa’ bukan antikan kaum adam dan tak pernah terlintas sedikit pUm di fikiran ‘hawa’ untuk membuang ‘adam’ dalam hidup ‘hawa’ kerana .. ‘hawa’ tahu lumrahnya manusia diciptakan ALLAH S.W.T untuk berpasangan .. tapi itu bukan sebabnya untuk ‘hawa’ menerima ‘adam’, terus merindui ‘adam’, dan mencintai ‘adam’ bagai nak rak. Biarlah cinta dan rindu itu buat ILLAHI sahaja. kadang-kala ‘hawa’ takut untuk mengharungi hidup ini takut kita terlalai dan terjerumus dalam cinta murahan, cinta yang tidak diredhai. ‘hawa’ takut ‘masjid’ yang dibina nanti akan musnah begitu sahaja…rugi je bercinta sakan dulu. ‘hawa’ tahu mungkin ‘adam’ pernah sayangkan ‘hawa’ tapi lebih berkatnya lagi bila ‘adam’ cintakan ‘hawa’ kerana ALLAH, lebih indahnya lagi jika ‘adam’ cintakan ALLAH melebihi ‘hawa’ dan segala-galanya. ‘hawa’ juga mempunyai jiwa remaja yang sama seperti ‘adam’ , ‘hawa’ pernah merasa sunyi dan kosong tanpa kehadiran ‘adam’ dalam hidup ‘hawa’, ‘hawa’ pernah merindui dan mengingati ‘adam’..lemahnya jiwa ‘hawa’..bila difikirkan kembali tanpa sedar ‘hawa’ telah terjebak dalam zina hati..ASTAGFIRULLAH..lalainya ‘hawa’. Sahabat ‘hawa’ juga pernah berkata “ mestilah berasa sunyi dan kosong kerana manusia diciptakan untuk berpasangan dan saling menyanyangi antara satu sama lain.” Kata sahabat ‘hawa’ yang lain “sudah menjadi lumrah hidup, ‘adam’ dijadikan untuk ‘hawa’ tapi bagi aku untuk masa sekarang, tak terasa pun tanpa kehadiran ‘adam’ dalam hidup aku, cukuplah kawan-kawan sahaja untuk menemani aku diwaktu bosan atau sunyi..hehehe.. bagi aku tidak ada maknanya untuk aku bercinta buat masa sekarang..bazir masa dan buat kita lagho kat kekasih kita je..lagipun masing-masing tengah belajar lagi, better tumpukan perhatian untuk belajar dulu, kalau panjang umur , insyaALLAH jumpa jodoh kita..cinta yang diredhai adalah cinta selepas kahwin..sahabatku, la taqrabu zina.” Hah, begitu panjang lebar sahabat ‘hawa’ berbicara macam ustazah pula. Beruntung ‘hawa’ dapat sahabat yang begitu berhati-berhati mengharungi zaman remaja yang penuh dengan cabaran ini. Apa taknya, cuba renungkan kembali berapa ramai kaum hawa dipermainkan oleh kaum adam sehingga melahirkan anak luar nikah yang paling kejamnya anak yang tidak berdosa itu dibunuh dengan kejam..mana tanggungjawab ‘adam’ terhadap kekasih ‘adam’ yang dulunya menabur janji, melemparkan kata-kata indah, mencintai sepenuh hati dan mana tanggungjawab ‘hawa’ atas apa yang hawa lakukan ? Bila difikirkan kembali jiwa yang lemah ini sebenarnya pernah berasa takut untuk kehilangan ‘adam’, takut nanti jadi andartu katakan.. dan ‘hawa’ takut jika ‘adam’ dan ‘hawa’ menjadi sebahagian pasangan yang terjerumus dalam cinta yang melalaikan,kerinduan yang membuat aku dan kau alpa. Tidakkah kita patut merasa suatu kerugian yang tak terhingga. ‘hawa’ pernah mempersoalkan itu kepada sahabat ‘hawa’.. lalu sahabat ‘hawa’ berkata “adam itu diciptakan untuk hawa.. lelaki yang baik, tak akan ajak perempuan yang dia sayang ke arah percintaan remaja yang lebih membawa kepada maksiat..dia akan cuba sedaya upaya untuk jaga diri dia dan perempuan yang dia sayang dari membuat perkara yang dilarang agama..like cinta monyet..so, always bersangka baik la denga ALLAH, DIA pasti pilih yang terbaik untuk hambaNYA kerana ALLAH itu Maha Pengasih dan Penyayang dan bersangka baik la dengan kaum adam, pasti ada ‘adam’ yang menyayangi mu sebagai perempuan yang menjadi isterinya bukan kekasih nafsunya semata-mata.” … ‘adam’, sejak ‘hawa’ mengenali ‘adam’…’hawa’ sayangkan ‘adam’ kerana ‘adam’ mempunyai ciri-ciri lelaki yang boleh membimbing ‘hawa’ ke jalan ALLAH..tetapi setelah berfikir sejenak, ‘hawa’ rasa ‘hawa’ perlu menjauhkan diri dari ‘adam’ kerana ‘hawa’ takut kita akan tergelincir dan bila itu yang berlaku pasti ade sakit dan kesannya, cikgu ‘hawa’pernah berpesan “jangan mencintai dan menyanyangi seseorang terutamanya lelaki sepenuh jiwa kerana bila terluka nanti seluruh hati itu akan hancur, susah untuk dirawat nanti dan mungkin masa yang diambil untuk pulih juga lama”. Jiwa ‘hawa’ tak sekuat yang difikirkan, syaitan sentiasa disisi kita membisikkan untuk aku terus melakukan kejahatan. Jadi ‘hawa’ telah mengambil keputusan untuk mengundur diri dan terus mencipta kekuatan..tetapi apa yang ‘hawa’ perlu lakukan untuk menjauhkan diri dan tidak terus merindui ‘adam’…perlukah ‘hawa’ delete no telefon ‘adam’ dan tidak terlalu kejamkah ‘hawa’ tidak membalas mesej-mesej ‘adam’, bagaimana dengan hubungan kita sebagai kawan?... “ kalau delete no telefon, takkan la kita tak ingat no orang yang kita sayang..tapi itu lebih baik..hehe erm..tak reply mesej, bagus juga..kalau replay , jadi panjang cerita pula.better tak payah replay la..tak kejam mana coz awak bukan saje tak nak reply kan?..em.anggap kawan bagus juga… dan kurangkan contact..lupakan kenangan-kenangan bersama dia masa dulu..hindari dari duduk bersendirian dan mintak doa agar ALLAH tolong kita..ALLAH kan ada..rujuk la Dia..ALLAH akan tolong hambanya, yakin dengan ALLAH lagipun benda yang awak nak buat itu bukannya tak baik kan? Itulah tips-tips dan pandangan dari seorang sahabat ‘hawa’ begitu bermakna sekali…. ‘hawa’ harap ‘adam’ pun begitu juga sama-sama berjuang menjauhi cinta yang merosakkan hati dan iman. Aku tidak pandai bermadah, bingkisan ini cukuplah sekadar ingatan buat diri aku dan orang disekelilingku. Jika ini yang terakhir kalinya, maafkan ‘hawa’.

No comments: