Friday, August 14, 2009

sahabat


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SAHABAT…
untuk pertama kalinya, ingin aku memohon maaf di atas setiap kesilapan aku dari masa lalu hingga sekarang dan mungkin yang akan datang…aku hanyalah insan biasa yang tidak pernah sempurna, jika hendak dibandingkan mungkin kau yang lebih baik dari aku..
SAHABAT…
maafkan aku jika keceriaan dulunya kini bertukar kemendungan buatmu, bukan maksudku untuk bertindak sedemikian tetapi baru kini aku sedar bahawa dalam keceriaan dan guruan yang tercipta dulunya banyak menyakitkan hatimu. Mungkin aku yang tidak memahami dirimu dan mungkin juga aku yang tidak pandai menjaga hati sahabat-sahabatku.Berdosanya aku sahabat.
SAHABAT…
maafkan aku jika teguran hari-hari lalu menyakitkanmu. Tidak pernah terlintas sedikit pun untuk aku melukakanmu. Demi sayang aku padamu, wajar bagi aku menegurmu. Aku tahu teguran itu membingitkanmu, membuat kau tersentuh. Maafkan aku sahabat..
SAHABAT…
maafkan aku jika tiada lagi teguran buatmu. Aku bukanlah insan yang sempurna, aku juga mempunyai banyak kelemahan. Mungkin kau pernah berkata “tegur aku, macam lah kau tu baik sangat, blah lah..”. Jika itu yang terdetik dihatimu aku relakannya.
SAHABAT…
maafkan atas segala keegoan aku, bila kita berdebat aku selalu nak menang tak pernah nak mengalah, alih-alih kau juga yang terdiam, malu agaknya ataupun sengaja nak mengalah dengan aku. kadang-kadang aku terfikir kenapa dalam persahabatan kita, kita sering kali bertikam lidah untuk perkara yang remeh-temeh. Kadang-kadang kita tidak perasan, perkara yang remeh-temeh itu sebenarnya melukakan hati salah seorang antara kita.
SAHABAT…
TERIMA KASIH atas segalanya, atas segala nasihat dan teguran mu selama ini. Terima kasih atas keceriaan dan senyuman ini. terima kasih atas perkongsian suka dan duka bersama aku. SAHABAT, MAAFKAN AKU UNTUK SEGALANYA…

No comments: